SITI RAHMAH sanggup derita kerana taatkan suami
Siti Rahmah merupakan seorang isteri Nabi Ayub a.s.Beliau seorang isteri yang setia dan sanggup bersama2 suaminya walaupun menjalani kehidupan yg amat perit dan getir.Nabi Ayub menghadapi ujian yg amat berat sebelum diangkat menjadi nabi.Harta benda,ternakan dan tanamannya hancur musnah.Anan2 serta seluruh kaum keluarganya mati dihempap istina kerana angkara syaitan laknatullah terhadapnya.Akibat tidak tahan dengan ujian yg ditanggung,dua daripada isteri Nabi Ayub meninggalkannya kecuali Siti Rahmah.Siti Rahmah pernah mengendong suaminya bersembunyi di sebuah gua kerana dihalau oleh orang2 kampung.Pada masa itu,Nabi Ayub terseksa kerana penyakit kulit dan gatal2 yg dialaminya angkara syaitan.
Ketika keluar dari gua untuk mendapatkan makanan,Siti Rahmah diejek dan dihina oleh orang kampung yg mengenalinya.Bukan itu sahaja,beliau terpaksa memotong rambutnya yg panjang untuk ditukarkan dengan makanan.Apabila sudah tidak ada apa2 makanan,beliau mencari pucuk2 kayu yg boleh dimakan dan menyuapkannya ke mulut Nabi Ayub.
Begitulah setianya Siti Rahmah yg rela berhadapan dengan penderitaan dan kata2 nista manusia demi taat dan kaishnya kepada suami.Siti Rahmah tetap sabar,tenang dan redha dengan segala kemungkinan sehinggalah Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.
***semoga kisah Siti Rahmah ini dijadikan tauladan dan nilai yg baik dalam menghadapi kehidupan***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..