Ahad, 23 Oktober 2011

ROSAK AMALAN KERANA INGIN DIPUJI

        







     Dalam sirah Nabi s.a.w menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai Muslim, berjuang bersama2 dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yg berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yg menyerang madinah.
        Walau bagaimanapun, Nabi s.a.w. agak keberatan menyebut kematiaanya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi s.a.w. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yg tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah. Kenyatan nabi ini disokong oleh seorang sahabat yg menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yg dimiliki kerana kesakitan daripada luka yg dialaminya dlam perang Uhud ini.
       Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat bernama Usayrim r.a yg memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah dan Rasulnya. Nabi s.a.w. pernah bersabda yg bermaksud:"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."
        Kedua2 personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yg menderita seperti pengembara yg mengharapkan kewujudan air di tempat yg amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf saghabat yg menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi s.a.w. walaupun belum sempat berbuat apa2 amalan termasuk solat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..