Isnin, 21 November 2011

Dirimu Wanita




wanita adalah golongan yg kaya dengan emosi dan imaginasi,sebab itu ia mudah digoda dan ditawan oleh syaitan.Ketika mereka bersedih,susah hati,bimbangkan masa depan,takut suami kahwin lagi,risau melihat orang lain punya kelebihan hidup dari mereka,ketika perasaan mereka merayau2 dan gundah gulana itulah syaitan mengambil kesempatan menawan hatinya.Bila hati telah dapat ditawan oleh syaitan,maka syaitan boleh perintah dan desak tuan punya hati membuat perkara2 yg boleh melalaikan dan merosakkan dirinya dan orang lain.

sabda Rasullullah s.a.w,maksudnya:"syaitan itu meletakkan belalainya pd hati anak adam(manusia) apabila manusia itu mengingati Allah s.w.t nescaya syaitan itu hanya mengendap(tidak diganggu).tapi jika dia melupakan Allah s.w.t nescaya syaitan itu akan memakan hatinya."

dalam kitab Ehya'Ulumuddin diceritakan bahawa seseorang lelaki dapat melihat syaitan itu seperti seekor katak bertenggek diatas bahu anak adam.dihujungnya mempunyai belalai halus yg boleh tembus sampai ke dalam hati.jika orang itu lalai dari Allah,maka syaitan itu memasukkan belalai itu didalam hati.Apabila dia ingat pd Allah,cepat2 belalai itu ditarik semula.begitulah syaitan tidak pernah lalai dari tidur dan kerjanya merosakkan manusia.cuma manusia yg selalu melupakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..