Khamis, 24 November 2011

10 langkah menuju cinta Allah

Imam Al-Ghazali menjelaskan langkah2 menuju cinta Allah SWT iaitu:

* Membaca al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yg         benar. 
* Taqarrub kepada Allah melalui ibadat2 sunat setelah melakukan ibadat2 fardhu.
* Sentiasa ingat kepada Allah dalam segala tingkah laku, lisan, hati, amal dan perilaku.
* Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri.
* Sentiasa musyahadah(menyaksikan) dan makrifat(mengenal) Allah SWT..
* Menghayati kebaikan , kebesaran dan nikmat Allah SWT lahir dan batin akan membawa kepada cinta hakiki     kepadanya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yg hakiki selain Allah.
* Ketundukan hati secara total di hadapan Allah.
* Menyendiri bersama Allah ketika kesunyian malam.
* Bergaul dengan orang2 yg mencintai Allah.
* Menjauhi sebab2 yg menghalang komunikasi hati dan Al-Khaliq.

<3 renung2kan dan selamat beramal... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..