Khamis, 24 November 2011

Imam As-Syafie hebat sejak kecil

Imam As-Syafie berketurunan Rasulullah SAW. nasabnya: Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi' bin Abu yazid bin Hashim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf bin Qushay.
   Abdul manaf adalah datuk kesembilan daripada Imam Syafie dan keempat daripada Rasulullah SAW. Ibunya, Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Hussain bin Ali bin Abi Talib. Ibunya adalah cucu kepada cucu Saidina Ali r.a.
   Ketika berusia dua tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke makkah untuk tinggal bersama keluarga ayahnya di kampung Bani Mutalib. Beliau meminat memanah sejak kecil. Dan sudah hafal al-Quran tatkala usianya 7 tahun. Beliau juga mempunyai suara yg lunak merdu ketika membaca al-Quran, di samping sudah menguasai ilmu tajwid dan ilmu tafsir.
   Ketika di Makkah dalam usianya belasan tahun. penduduk Makkah sudah mengenali beliau sebagai Qari al-Quran yg baik. Oleh yg demikian, apabila mereka ingin menikmati bacaan al-Quran dengan khusyuk, mereka akan berkumpul dan memanggil Imam Syafie untuk membacanya.
   Pada usia 11 tahun, beliau sudah menghafal kitab al-Muwattho', tulisan gurunya, Imam malik dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun.
   Di Makkah beliau belajar fikah daripada Muslim bin Khalid al-Zanji(mufti Makkah ketika itu). kemudian belajar daripada Daud bin Abdul rahman al-Atthar, Muhammad bin Ali bin Shafi'(ayah saudaranya), Sufyan bin Uyainah, Abdul rahman bin Abi Bakr al-Mulaiki, Sa'id bin Salim, Fudhail bin al-Iyyadh dan lain2. Imam al-Baihaqi menyebutkan bahawa guru2 Imam Syafie di Makkah seramai 19 orang. Beliau juga menguasai bahasa Arab serta cabang2 ilmunya dengan fasih dan mendalam.
    Imam Ahmad bin Hambal berkata: "Sesungguhnya Allah mengurniakan untuk manusia pada permulaan 10o0 tahun orang yg mengajar mereka sunnah dan menafikan pembohongan terhadap Rasulullah SAW. kami mendapati pada 100 orang yg pertama adalah Umar bin Abdul Aziz dan pada 100 yg kedua adalah As-Syafie.
     Iktibarnya jika kita ingin mempunyai generasi yg cerdik berilmu hendaklah memulakan langkah memberikan pendidikan dan persekitaran yg baik untuk anak2 kita ketika mereka berada di awal usia.
     Persekitaran dan kejiranan yg baik juga sangat membantu, menjadikan faktor penyokong kepada kejayaan 'mencipta' generasi berilmu dan bertaqwa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..