Jumaat, 25 November 2011

lelaki Soleh pun Cemburu kerana Ia Lumrah Cinta

* RASULULLAH SAW MENCEMBURUI MARIAH AL-QIBTIYYAH

          Diriwayatkan oleh Abdullah bin lahi'ah daripada Yazid bin Abi habib daripada Abdul rahman bin Syamasah al-mahri daripada Abdulllah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dar mesir kerap datang menziarahinya.
          Suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yg berubah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yg Rasulullah pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan Rasulullah. Rasulullah menceritakan tentang kecemburuannya terhadap kerabat mariah.
          Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yg sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata: "Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yg terlintas pada diriku." (Riwayat al-Bazzar)


* UMAR CEMBURU ISTERINYA KE MASJID

         Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat berjemaah di masjid. daripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak sukamdan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata: "Jika kanda melarang, dinda takkan pergi." Umar diam sahaja kerana teringat pesan Nabi SAW yg bermaksud: "janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid." (Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)



* IBN UMAR CEMBURU MENDENGAR BICARA ISTERINYA DENGAN LELAKI KERABATNYA

           Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibn Umar mendengar isterinya berbicara denga lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan, namu Ibn Umar tidak megetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga isterinya berteriak kesakitan.


* CEMBURU MU'AZ BIN JABAL WAKTU MAKAN EPAL
          
           Al-Kharaithi menyebut daripada Mu'az bin jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hamba menemuinya. Kemudia si isteri memberikan epal yg telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu'az rasa cemburu, sehingga dia bertindak memukul isterinya. 


    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..