Ahad, 27 November 2011

Masa Silam yg Kelam



Bumi mana yg tidak ditimpa hujan. Manusia mana yg tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
        Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajjud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. JIka dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara yg baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.
        Moga warna hitam yg kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

               

" Wahai Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga firdaus,
Dan aku juga tidak mampu menghadapi azab neraka,
Maka kurniakan kepadaku taubat dan ampunilah dosa2ku,
Maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa2 besar."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..