Isnin, 19 Disember 2011

harapanku Segunung Lautan Tuhanku


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengarlah bisikan jiwa hambaku kepadamu. Hamba mohon kepadamu, kabulkanlah segala harapanku… meskipun Hamba tidak layak meminta2 pada, walaupun hamba sentiasa zalim padamu.. ketahuilah, kau yg pertama dlm jiwaku. Walaupun sekeling2  tidak memahami diriku, x pernah engkau palingkan sedikitpun dari terus menerus memandangku.. engkau juga x pernah jemu dlm melimpahkan hidayahmu padaku.. selangkah manapun hamba pergi, seakan2 hidayahmu terus mengikutku. Benarlah itulah tanda kecintaanMu padaku Ya Rabbi..  :’)

1.       Mencapai marthotillah

Dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah, yg berada d bumi Allah. Dalam fitrahku sebagai hamba Allah, seorang muslimah semestinya yg pertama perlu ada dalam targetku adalah mencapai keredhaan Allah. Hanya itu yg segenap jiwaku berharap. Jika hidup berpandukan keredhaan Ilahi.. jiwa mahabbah akan lahir dlm segenap kehidupan. Mahabbah kepada saudara seislam & sebagainya. 

Nota tgn::// bukan mudah mencapat keredhaan Allah.. perlu seiring dengan amalan taqwa..

2.       Bintu Solehah ( anak solehah)

Seorang anak wajib mentaati ibu bapanya.. krna, d situ letaknya syurga si anak. Begitulah dgn diriku, aku sentiasa berharap agar Berjaya menjadi anak yg solehah, menjaga segala tutur bicaraku, akhlak santunku. insyaAllah, Allah sentiasa nilai niat mulia kita dlm bersabar mentaati ibu bapa.

Nota tgn::// bantulah aku untuk menjadi BINTU SOLEHAH.. Jom jadi anak yg beradab dgn ibu bapanya.




3.       Memakai purdah

Sesungguhnya wanita itu aurat.. Sebaik2 tempat bagi seorang wanita adalah d rumahnya. InsyaAllah, suatu hari nanti aku pasti berpurdah. Berpurdah, biar bernilai solehah. Mencari nilai solehah memanglah satu yg sangat susah n berliku perjalannya. Tapi ingat, Mujahadah itu pahit krn Syurga Allah itu manis. Aku mencuba mencari nilai solehah dlm diriku. Kerana itulah, bagiku purdah adalah terbaik bagiku & agamaku. Mungkin apabila kita berpurdah, segala perlakuan, adab, akhlak solehah itu mampu kita jaga disamping segalanya kerana mencari keredhaan Allah.

Nota tgn::// insyaAllah, Allah adalah sebaik2 pnejagaku, purdah adalah tanda kezuhudan kita kepada dunia dan terhindar dari sifat hubbul dunia.


4.       Masuk tahfiz Al-Quran

Aku ingin menjadi al-hafizah.. ya Allah, aku mohon.. menghafaz bukanlah perkara yg mudah. Ia memerlukan kekuatan dari segi rohani & jasmani. Kalau diri kita sentiasa leka dibuai dunia. Adakah al-Quran akan mausk dlm jiwa kita? *muhasabah diri*. Dalam kehidupan seharian sebagai hamab allah, kita tidak pernah sunyi dari melakukan dosa yg membuatkan bintik hitam terus ada dalam hati kita. Nah,, kerana itulah kita kena selalu mendekati al-Quran. Jika seharianmu sibu dgn duniawi.. dimanakah letaknya Quranmu. Aku cuba ingin menjadi penghafaz al-Quran. Supaya aku sentias dekat dengan Allah. Supaya aku selalu ingat bahawa ada al-Quran dalam jiwaku. Aku cuba untuk menghayati serta mendalami hikmah2 yg terdapat di dalamnya. 

Nota tgn::// insyaAllah, umurku 18 thun aku akan menjejak kakiku di tahfiz al-Quran. Andai Allah izinkan.


5.       Isteri  Solehah di Usia Muda

Setiap wanita menyimpan impian untuk menjadi isteri solehah kepada suami soleh. Begitulah juganya aku, aku inginkan pasangan yg soleh.. yg mampu memimpin tanganku membawaku menuju cinta Ilahi.Di usia mudaku ini, aku cuba berharap agar segala impianku seperti  ketentuan tuhanku. Moga syabab inilah yg sentiasa melindungiku, menyayangiku, setia denganku, mencintai dengan tulus tanpa melihat kekurangan kelemahanku. Tapi aku tidak ingin syabab yg sentiasa lalai dlm berjuang, hidup dlm bernafsu dan tidak kental iman taqwanya. Aku ingin menjadi bidadari kepada seorang  mujahid bernama suami. 

Nota tgn::// moga suatu hari nanti aku akan bertemu dengan mujahidku… Amin.


6.       Baiti jannati

Baiti jannati.. Aku rindu kata itu. Aku rindu untuk menjadi seperti itu. Aku mengharapkan agar keluargaku adalah keluarga yg dipilih Allah untuk  diberi hidayahnya.. Amin.


Sekian..
NUR ZULIKHA ZAZALI
19/12/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..