Isnin, 14 November 2011

SIMPAN GAMBAR LELAKI





SOALAN:

     Simpan gambar teman lelaki atau teman wanita di dalam dompet sebagai ingatan. Boleh atau  tidak?



JAWAPAN:


    Adakah dengan menyimpan gambar itu anda akan mejadi seorang yg lebih beriman? lebih sihat dan bebas daripada penyakit? atau menjadi seorang yg cerdik, pandai dan bijaksana? atau menjadi lebih kaya dan bertambah2 rezeki? atau disimpan sebagai azimat yg dapat mengelak anda daripada bahaya? sudah tentu jawpannya "tidak".
    Maka, atas dasar apakah disimpan gambar itu? semata2 untuk kenangan dan melepaskan rindu. Semakin ditatap, semakin rindu. Semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan2. Jika hubungan terputus, gambar itu akan dibuang, dibakar, dikoyak, dihina dan kadang2 digunakan untuk tujuan jahat.
    Demi untuk mengelakkan perkara2 ini, elakkan dari menyimpan gambar lelaki atau wanita dan elakkan gambar anda disimpan oleh orang lain.
    Rasulullah s.a.w. bersabda, "Antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara2 yg tidak layak dengan dirinya. (Al-Bukhari & Muslim)        



sumber: kemusykilan remaja oleh USTAZ MASZLEE MALIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..