Selasa, 15 November 2011

SOALAN YAHUDI TENTANG SOLAT

Seorang Yahudi bertanya,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yg akan didapati oleh orang yg solat?"


        Rasulullah s.a.w bersabda:"Jagalah waktu2 solat terutamanya yg pertengahan, solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka jahanam, orang mukmin yg mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.: Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi. Orang mukmin yg mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yg baru lahir."
        Setelah itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yg bermaksud: "Jagalah waktu2 solat terutama sekali solat yg pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan."
        Sabda Rasulullah s.a.w: "Solat Isyak(attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yg berjalan dalam malam yg gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirat.:
       Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya: "Solat subuh pula, seorang mukmin yg mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah dua kebebasan iaitu:
     -Dibebaskan daripada api neraka.
     -Dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...^_^
Salam Ukhwah..